Tuesday, February 21, 2012

Mengenang Sudirman

Hari ini
aku mampir di sini
merenungi dua batang nisan kaku
pada tanah merah yang banyak meresap air mata
bila redup hari mengiringi engkau pergi
insan... ketahuilah
di tanah perkuburan ini
dimakamkan jasad seorang anak Melayu
yang merdu suaranya membelah Albert Hall
yang lincah gayanya mendapat 'standing ovation'
sayangnya...
pada usia yang muda dia pergi
keberangkatan yang tidak mungkin akan kembali lagi
demi menunaikan janji
katiadaannya... satu kehilangan yang begitu dirasai
terasa perjalanan dunia seni amat sepi
dan kini
untuk musim-musim ini dan seterusnya
seruling anak gembala bernada sumbang
penyu menangis berirama songsang...
betapa peritnya untuk mengakui hakikat
SUDIRMAN yang kukagumi semalam
hanya tinggal bebayang kenangan
kerana perpisahan ini tak terjangkau tangan...

Al-Fatihah
 

1 comment:

Saza said...

: إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن